PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya &...
Transcript of PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN … · sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya &...
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
42
PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM
KALANGAN PETANI DI DAERAH YAN, KEDAH
(The Use of Communication Technologies Among Farmers at Yan, Kedah)
Muna Hanim Mohd Zuki
Ahmad Fahmi Mahamood
Mohd Erpi Mohd Ali
Zuraidi Mokhdzar
Tengku Kastriafuddin Tengku Yakob
Abdul Rahman Abdul Manaf
Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis
Abstrak :Penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani menunjukkan peningkatan
yang positif apabila wujudnya inovasi-inovasi yang mampu meningkatkan pengeluaran hasil
tanaman padi di Malaysia. Kajian ini untuk mengukur tahap kemampuan petani dalam
menggunakan teknologi komunikasi, mengenal pasti faktor-faktor penggunaan teknologi
komunikasi dalam kalangan petani, mengenalpasti pengaruh penggunaan teknologi komunikasi
dan menjelaskan hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi komunikasi dalam
kalangan petani. Seramai 100 orang responden telah terbabit dalam kajian ini. Pemilihan sampel
dilakukan secara rawak ke atas petani di kawasan Yan, Kedah. Hasil dari kajian ini mendapati
pengaruh teknologi komunikasi mempengaruhi petani. Analisis deskriptif dan infrensi dijalankan
dalam kajian ini. Ujian korelasi mendapati terdapat perkaitan antara pemboleh ubah yang
digunakan. Ini membuktikan petani penduduk di kawasan pendalaman telah menunjukkan minat
dalam perkembangan teknologi komunikasi.
Kata kunci: Teknologi Komunikasi, Pengembangan Pertanian
Abstract: The use of communication technology among farmers showed a positive impact in the
birth of innovations in order to boost the production of rice crop in Malaysia. This study aims to
measure the level of ability of the farmers in the use of communication technology. A total of 100
respondents were involved in this study. The sample of respondent were chosen by random in the
district of Yan, Kedah. The results of this study found that the influence of communication
technology affects the farmers. Descriptive and inferential analysis were caried out in this study.
Correlation analysis shows there is a correlation between the variables used. This proves that
farmers in rural areas have shown interest in the development of communication technology.
Keywords: Communication Technology, Agriculture Extension
2020 JHLCB
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
43
PENGENALAN
Teknologi komunikasi terkini adalah bersifat menggabungkan semua elemen komunikasi lisan,
tulisan, visual, data dan audio secara maya (Ezaleila & Azizah, 2011). Malah, teknologi
komunikasi juga berpotensi besar dalam menyalurkan pelbagai maklumat pertanian yang berharga
kepada petani. Maklumat penting di dalam pengembangan pertanian seperti aspek pemilihan biji
benih, jenis dan kesesuaian baja, musim penuaian, harga jualan, khidmat nasihat, teknik-teknik
penanaman, cara rawatan penyakit tanaman, subsidi pertanian, laporan cuaca, peluang pasaran
baru, teknologi pertanian baru, pasar elektronik (e-pasar), isu-isu dan hal ehwal semasa di dalam
sektor pertanian (Jadhav, Pshenichnaya & Smith, 2011).
Menurut Lizzie, Jens, Gianluca, Allan, Kirsten, Camilla, Niels, Ilse (2014) dan Kuria (2014)
penggunaan teknologi komunikasi dalam pengembangan pertanian membolehkan para petani
untuk mengakses pelbagai maklumat bagi mendapatkan pengetahuan yang meluas tentang bidang
masing-masing. Kepentingan teknologi komunikasi kepada petani untuk mendapatkan pelbagai
maklumat pertanian tidaklah dapat dinafikan dan kecanggihannya perlu dimanfaatkan.
Penyampaian maklumat pertanian melalui teknologi komunikasi perlu diutilisasikan sejajar
dengan perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lain.
PERMASALAHAN KAJIAN
Perkembangan teknologi komunikasi telah berkembang di dalam negara ini dan
menjadi semakin pesat. Fenomena ini dapat dilihat melalui pemodenan yang telah melahirkan
banyak teknologi komunikasi dari segenap pelusuk dunia. Menurut Helen Simon (2017)
teknologi adalah merupakan keseluruhan prasarana untuk menyediakan keperluan bagi
kelangsungan dan demi keselesaan manusia. Tambahnya lagi, dengan kewujudan teknologi
komunikasi telah memudahkan lagi, seterusnya mempercepatkan dan mengurangkan
penggunaan tenaga manusia. Seterusnya, kemunculan teknologi komunikasi menjadi sebagai
suatu unsur yang diperlukan dalam kerja-kerja pemprosesan maklumat.
Selari dengan pemodenan negara, teknologi komunikasi menjadi sebuah medium yang
penting yang digunakan dalam penanaman padi di Malaysia. Hal ini demikian kerana
penggunakan teknologi komunikasi telah memudahkan para petani untuk mencari maklumat
berkaitan dengan pertanian secara atas talian. Namun begitu, tahap penggunaan teknologi
komunikasi dalam petani di Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-
negara pengeluar utama padi yang lain (Ahmad Fahmi, 2016). Oleh itu, isu ini telah
menyebabkan pengeluaran hasil padi dalam negara tidak dapat menandingi dengan hasil
pengeluaran padi dengan negara luar.
Negara
Metrik Tan Setiap
Hektar Setiap
Musim
Malaysia 3.9
Myammar 4.5
Thailand 3.2
Vietnam 2.5
Australia 4.3 Jadual 1 : Purata Hasil Padi Setiap Hektar Mengikut Negara (Sumber: InstitusiPenyelidikan
Beras Antarabangsa (IRI), Organisasi Makanan & Pertanian Sedunia (FAO), Universiti Malaysia Sabah, 2009)
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
44
Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2014), bekalan beras
tempatan untuk pasaran tempatan di dalam negara hanya dapat menampung sekitar 60 peratus
dan ianya masih tidak mengcukupi untuk memenuhi permintaan pasaran semasa. Oleh itu,
usaha-usaha untuk meningkatkan pertanian padi haruslah dilakukan segera oleh agensi-agensi
yang berkaitan.
PERSOALAN KAJIAN
1) Bagaimanakah tahap kemampuan petani menggunakan teknologi
komunikasi?
2) Apakah faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi dalam
kalangan petani?
3) Adakah terdapat hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi komunikasi
dalam kalangan petani?
OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengetahui tahap kemampuan menggunakan teknologi komunikasi dalam kalangan
petani
2) Mengenalpasti faktor -faktor penggunaan teknologi komunikasi kalangan
petani
3) Mengnalpasti hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi
komunikasi dalam kalangan petani
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan teknologi komunikasi dalam
kalangan petani di daerah Yan, Kedah. Adalah amat penting untuk meningkatkan kadar literasi
teknologi komunikasi dalam kalangan petani di negara ini memandangkan sektor pertanian
kini memasuki fasa pertanian digital yang memerlukan penggunaan pelbagai aplikasi baru
pada masa kini. Penggunaan teknologi komunikasi ini juga amat penting disebabkan keadaan
semasa yang memerlukan penggunaan internet dari semua aspek bermula dari pembelian
barangan atas talian, pembelajaran atas talian dan lain-lain. Adalah penting untuk mengetahui
tahap penggunaan teknologi komunkasi dalam kalangan petani, kerana ianya amat membantu
meningkatkan produktiviti pertanian padi seperti di negara-negara yang maju dalam bidang
pertanian.
METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut Oberii (2017),
kaedah penyelidikan kuantitatif adalah hubungan antara kuantitatif dan analisis pemboleh ubah
untuk mendapatkan hasil. Tambahnya lagi, ia melibatkan penggunaan dan analisis data
berangka menggunakan statistik tertentu teknik untuk menjawab soalan seperti siapa, berapa,
berapa, di mana, bila, berapa, dan bagaimana (Oberiri, 2017). Kaedah penyelidikan kuantitatif
merupakan kaedah menjelaskan isu atau fenomena melalui pengumpulan data dalam bentuk
berangka. Kajian ini mendedahkan bahawa kaedah kuantitatif boleh dikategorikan kepada;
penyelidikan soal selidik, penyelidikan korelasi, penyelidikan eksperimen dan penyelidikan
saintifik. Secara umumnya, kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan bagi
mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan penggunaan teknologi
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
45
komunikasi terhadap penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani. Menurut
Jennifer, 2016, yang memetik dari sebuah artikel yang di keluarkan oleh Radiology
Technology dari September/Oktober 2010 sehingga Julai/Ogos 2016 dari 90 artikel. Kajian
soal selidik kuantitatif seperti kajian korelasi merupakan kajian terbesar dengan peratus
sebanyak 36.6% artikel, manakala kajian eksperimen menunjukkan 24.4% artikel, 20% artikel
untuk kajian dari sorotan kajian terdahulu dan 13.3% artikel adalah kajian dari kes atau laporan
teknikal. Berbeza pula dengan kajian yang mengabungkan kuantitatif dan kualitatif hanyalah
3.3% artikel, dan manakala sebanyak 2.2% artikel yang dijalankan bagi kajian kualitatif
sahaja.
POPULASI DAN PENSAMPELAN
Pengkaji telah memilih populasi dari kalangan penduduk di daerah Yan, Kedah yang terdiri
dari kalangan para petani. Menurut Data Terbuka Malaysia, Pecahan Penduduk Negeri Kedah
Mengikut Daerah Dari Tahun 2011 Hingga 2018 bagi Daerah Yan pada tahun 2018 ialah
77,600 orang populasi di Daerah Yan.
Sampel kajian pula merupakan sebahagian dari kajian membolehkan maklumat diperolehi
daripada sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar atau mendapatkan sampel daripada
populasi sasaran. Dalam kajian ini terdapat beberapa sampel kajian yang telah dipilih oleh
pengkaji dalam menyempurnakan kajian yang dijalankan berdasarkan jumlah sebenar
populasi kajian. Penyelidik menggunakan kaedah persampelan yang digunakan adalah sampel
rawak terhadap tahap pendidikan dan umur responden tersebut untuk membantu pengkaji
mendapatkan data yang membantu kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik terhadap
penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani di Yan. Kelompok iaitu responden
yang dipilih secara rawak daripada kumpulan petani di Yan, Kedah. Saiz sampel dianggarkan
seramai 100 orang dan jumlah responden yang dipilih.
ANALISIS DATA
Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS versi
23). Data kajian ini dianalisis secara diskriptif yang melibatkan min, peratus dan sisian piawai.
Selain itu ujian inferensi iaitu ujian korelasi turut dijalankan bagi mengetahui perkaitan di
antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat.
ANALISIS DESKRIPTIF.
Analisis deskriptif akan dibuat keatas pemboleh ubah bahagian A iaitu tentang maklumat
demografi responden. Kesemua pembolehubah pada bahagian A ini akan dianalisis secara
deskriptif dengan melihat nilai kekerapan dan peratus kekerapan.
Analisis Demografi Responden.
Seramai 100 orang responden terdiri daripada lelaki dan perempuan yang diambil sebagai
sampel bagi kajian yang dijalankan. Sampel kajian merangkumi semua petani yang
mempunyai sawah padi di Daerah Yan, Kedah sahaja. Jadual di bawah menunjukkan analisis
latar belakang responden secara peratusan dan kekerapan berdasarkan item 1 hingga 6 dalam
borang soal selidik.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
46
Jadual 2: Latar Belakang Responden
Pembolehubah Kategori Peratus (%)
Jantina Lelaki 80.0
Perempuan 20.0
Umur 20-30 10
31-41 28
40-52 32
53-63 15
64 ke atas 15
Tahap Pendidikan UPSR 5
SRP/PMR 25
SPM 29
STPM/ Matrikulasi/
Diploma/ A-Level
29
Ijazah Sarjana Muda 10
Pasca Siswazah 2
Skala pertanian Kecil 68
Sederhana 18
Besar 14
Status Ekonomi RM 1000 – RM 3000 52
RM 3100 – RM 6100 38
RM 6200 ke atas 10
Etnik Melayu 55
Cina 35
India 10
Lain-lain 0
Berdasarkan Jadual 2 penemuan mendapati responden lelaki seramai 80 orang dan responden
perempuan pula 20 orang. Dari segi umur, responden yang berumur diantara 20-30 tahun ialah
10 orang, umur 31-41 tahun ialah 28 orang, manakal umur 42-52 tahun ialah 32 tahun dan
manakala umur 53-63 tahun dan 63 keatas mempunyai responden yang sama iaitu 15 orang.
Dari segi tahan pendidikan memperlihatkan bahawa SPM dan STPM/MATRIKULASI/
DIPLOMA/A-LEVEL mempunyai jumlah responden yang sama iaitu 29 orang. Manakala,
PASCASISWAZAH hanya 2 orang sahaja responden.
Dari segi status ekonomi pula, responden yang berpendapatan dari RM 1000 sehingga
RM 3000 mencatatkan jumlah responden paling tinggi iaitu 52 orang, diikuti dengan
pendapatan RM 3100 sehingga RM 6100 iaitu dengan 38 orang dan hanya 10 responden saja
yang berpendapatan RM6200 dan keatas.
Dari segi kumpulan etnik memperlihatkan tiga etnik utama yang menguasai aktiviti penanaman
padi iaitu Melayu (55 orang responden), Cina (35 orang responden) dan India (10 orang
responden). Terdapat tiga jenis skala pertanian iaitu kecil (68 responden), sederhana (18
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
47
responden) dan besar (14 responden).
Objektif 1 : Mengetahui tahap kemampuan menggunakan teknologi komunikasi dalam
kalangan petani
Bagi mengetahui tahap kemampuan responden dalam menggunakan teknologi komunikasi,
penyelidik telah menulis definisi teknologi komunikasi supaya kesemua responden mendapat
kefahaman tentang teknologi komunikasi. Selain itu, para responden yang terdiri dari petani
perlu menjawab kesemua soalan-soalan yang diajukan kepada responden melalui soalan soal
selisik yang diedarkan. Bagi memudahkan pengkaji mengukur tahap kemampuan responden
dalam menggunakan teknologi komunikasi, pengkaji telah menyenaraikan tujuh indikator
yang berkaitan dengan teknologi komunikasi pada bahagian B soalan.
Rajah1 : Adakah anda mahir tentang penggunaan am komputer?
Berdasarkan Rajah 1 ditemukan bahawa majoriti responden mahir menggunakan teknologi
komunikasi iaitu seramai 80 orang (82.5 %) responden yang direkodkan. Manakala, 20 orang
(12.5 %) responden yang tidak mahir menggunakan teknologi komunikasi.
Rajah 2: Kekerapan melayari internet dalam sehari
Berdasarkan Rajah 2 mengenai kekerapan responden melayari internet dalam masa sehari
dalam kalangan petani. Sebanyak (25%) responden yang melayari Internet kurang dari sejam
dan responden yang melayari Internet dari satu hingga tiga jam ialah 45%. Manakala terdapat
persamaan bagi kekerapan melayari internet bagi 4-6 jam dan 7-9 jam iaitu 15 orang (15%).
20%
80%
Adakah anda mahir tentang penggunaan am komputer?
Mahir Tidak Mahir
25%
45%
15%
15% 0%
Berapa kerapkah anda melayari Internet dalam sehari.
>1 jam 1 - 3 Jam 4 -6 Jam 7 -9 Jam <10 jam
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
48
Namun begitu, tiada responden yang dicatatkan yang melayari Internet melebihi dari 10 jam.
1) Rajah 3 : Pernah menghadiri kursus yang berkaitan dengan teknologi
komunikasi?
Berdasarkan Rajah 3 mengenai adakah responden pernah menghadiri kursus berkaitan dengan
teknologi komunikasi. semua responden mengaku tidak. Namun begitu 100 % responden tidak
pernah menghadiri dengan teknologi komunikasi. Oleh itu, keputusan dari data ini
mempengaruhi soalan yang ke 10 iaitu, jika responden ada menyatakan Ya di soalan no 9,
responden harus menyatakan jenis kursus. tempoh dan penganjurnya.
Rajah 4 : Jenis saluran komunikasi digunakan untuk mendapatkan maklumat pertanian
padi.
Rajah 4 mengenai jenis saluran komunikasi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
pertanian padi mempunyai 18 saluran. Saluran yang pertama yang menjadi tumpuan
mendapatkan maklumat pertanian ialah Pegawai Mada dengan seramai 30 orang (94 %)
responden, diikuti dengan Khidmat Pesanan Ringkas dengan seramai 26 orang (90.63 %)
responden, Seterusnya, saluran Surat Pemberitahuan seramai 27 orang (84.38 %) responden
dan saluran Facebook MADA dan Kumpulan WhatsApps MADA menduduki tempat yang
sama iaitu seramai 26 orang (81.25 %) responden yang memilih saluran ini. Manakala seramai
25 orang (78.13 %) responden memilih saluran Laman Web MADA. Bagi saluran Laman Web
Agensi Pertanian Yang Lain dan Rancangan Pertanian di Televisyen mempunyai bilangan
responden yang sama iaitu seramai 23 orang (71.88 %) responden diikuti dengan saluran
Youtube iaitu seramai 27 orang (65.63 %). Manakala saluran Rancangan Pertanian di Radio
100%
0%
Pernah menghadiri kursus yang berkaitan dengan teknologi komunikasi?
Ya Tidak
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
49
pula memperolehi seramai 19 orang (59.38 %) resoponden. Berdasarkan Rajah 4.2.1 (d)
mengenai jenis saluran komunikasi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat pertanian
padi, ialah blog MADA dengan seramai 15 orang (56.25 %), diikuti dengan saluran E-mail
iaitu seramai 17 orang (53.13 %) dan saluran Brosur ialah seramai 16 orang (50 %) responden.
Selain itu, saluran MADA TV dan Majalah mendapat jumlah responden yang sama iaitu
seramai 15 orang responden dan peratusan sebanyak 46.88 %. Saluran Twitter MADA
menjadi saluran yang paling sedikit responden yang menggunakannya iaitu seramai dua orang
(6.25 %) responden sahaja.
Secara umumnya, jenis saluran inovasi teknologi komunikasi membantu dalam mendapatkan
maklumat pertanian padi adalah sederhana (skor min 2.48). Berdasarkan Jadual 2.5 (e)
mengenai jenis saluran inovasi teknologi komunikasi membantu dalam mendapatkan
maklumat pertanian padi dalam kalangan petani padi di Daerah Yan, Kedah. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa teknologi komunikasi merupakan satu alat yang membantu bagi petani
padi dalam mengaplikasikan dalam hasil tanaman padi mereka.
Rajah 5: Maklumat pertanian padi yang sering diperlukan.
Rajah 5 ialah tentang maklumat pertanian padi yang sering diperlukan oleh petani. Di antara
maklumat yang sering dicari oleh petani ialah mengenai inovasi baja padi (90.65%), inovasi
padi tiga musim (84.38 %) , inovasi meratakan tanah (84.38 %) dan inovasi jerami padi (81.25
%). Seterusnya, maklumat pertanian padi mengenai inovasi baik pulih tanah (75 %), inovasi
pemeliharaan tali air (71.88 %) dan inovasi menanam bijih benih (jentanam) (71.88 %). Selain
itu, maklumat mengenai laporan cuaca (68.75 %), maklumat mengenai inovasi memilih bijih
benih (68.75 %), maklumat mengenai inovasi meracun padi (65.63 5) dan maklumat mengenai
inovasi estet padi (5 – 10 tan) (62.50 %). Di samping itu, maklumat yang kurang diperlukan
oleh petani ialah inovasi padi hibrid (53.13 %), maklumat mengenai inovasi sangkar burung
hantu (43.75 %) dan maklumat mengenai jadual air ke petak sawah (40.63 %). Manakala tiada
maklumat tambahan yang di cadangkan oleh para petani padi.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
50
Objektif 2 : Mengenalpasti faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi
kalangan petani
Bagi mengenalpasti 50faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi oleh petani, penyelidik
telah menyatakan 20 faktor yang lazimnya menjadi sebab petani menggunakan teknologi
komunikasi pada Bahagian C soalan soal selidik.
Jadual 2: Faktor Penggunaan Teknologi Komunikasi oleh Petani.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
51
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
52
Secara umumnya mengenalpasti faktor-faktor penggunaan teknologi komunikasi oleh petani
adalah sederhana (skor min 3.73). Berdasarkan Jadual 2 mendapati bahawa faktor - faktor
penggunaan teknologi komunikasi oleh petani adalah tinggi kerana ia mudah digunakan. Seramai
56.25 % responden yang bersetuju bahawa teknologi komunikasi sangat mudah digunakan
berbanding dengan 12.51 % yang tidak bersetuju bahawa teknologi komunikasi mudah digunakan.
Teknologi komunikasi mudah untuk dipelajari cara-cara menggunakannya, hal ini dapat
dibuktikan bahawa seramai 87.51 % responden yang bersetuju bahawa dengan penyataan ini.
Namun begitu terdapat 12.49 % responden yang tidak bersetuju bahawa teknologi komunikasi
mudah untuk dipelajari cara-cara menggunakannya. Pada kenyataan yang menyatakan teknologi
komunikasi membantu saya dengan dapat melihat keberkesanan sewaktu menggunakannya. Hal
ini dikatakan demikian kerana, seramai 84.38 % responden yang bersetuju bahawa teknologi
komunikasi membantu dalam keberkesanan sewaktu menggunakannya. Manakala hanya 15.62 %
sahaja responden yang tidak bersetuju bahawa teknologi komunikasi, membantu responden untuk
melihat keberkesanan sewaktu menggunakannya. Menurut penyataan teknologi komunikasi
membantu responden dapat melihat faedah ketika menggunakannya menunjukkan bahawa semua
responden yang terbabit dengan kajian menjawab sangat bersetuju (100 %). Kesemua hasil kajian
menunjukkan petani berada pada tahap sederhana dalam menjawab soalan faktor – faktor
penggunaan teknologi komunikasi oleh petani padi, berdasarkan indikator-indikator yang
dinyatakan.
OBJEKTIF 3 : Mengnalpasti Hubungan Antara Umur Dengan Penggunaan Teknologi
Komunikasi Dalam Kalangan Petani
Bagi mengkaji hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan
petani, penyelidik telah menyatakan 11 indikator bagi item hubungan teknologi komunikasi
terhadap petani pada bahagian E dalam soalan soal selidik. Hipothesis yang berkaitan dengan
bahagian ini ialah: Ho1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara umur dengan penggunaan
teknologi komunikasi. Berdasarkan Jadual 3, analisis korelasi mendapati terdapat hubungan antara
umur dengan penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani. Ini dapat dibuktikan
dengan nilai r=0.00,p<0.05.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
53
Jadual 3 : Analisis korelasi umur dengan penggunaan teknologi komunikasi petani.
PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
Tahap Kemampuan Petani Menggunakan Teknologi Komunikasi
Dalam kajian ini mendapati bahawa tahap kemampuan petani dalam menggunakan teknologi
komunikasi dalam kehidupan seharian menunjukkan bahawa, petani mahir menggunakan
teknologi komunikasi berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperoleh oleh penyelidik.
Walaubagaimanapun, hampir keseluruhan petani didapati tidak pernah menghadiri kursus -kursus
teknologi komunikasi yang dianjurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan. Dapatan kajian ini selari
dengan kajian oleh (Ahmad Fahmi, 2016) yang mendapati petani mendapat pendedahan yang
banyak tentang teknologi komunikasi daripada ahli keluarga dan rakan-rakan petani yang lain.
Namun demikian, para petani perlu lebih optimum untuk menggunakan teknologi komunikasi bagi
meningkatkan produktiviti pertanian padi bersesuaian dengan peredaran semasa yang amat
memerlukan penggunaan teknologi komunikasi dalam era pertanian digital.
Faktor-Faktor Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Kalangan Petani.
Kajian ini mendapati bahawa secara puratanya petani padi di Daerah Yan, Kedah mempunyai
faktor-faktor tersendiri dalam penggunaan teknologi komunikasi dalam aktiviti mereka. Faktor-
faktor penggunaan teknologi komunikasi ini sedikit sebanyak mempengaruhi dalam meningkat
produktiviti dalam kalangan petani. Faktor-faktor yang banyak menyumbang petani untuk
menggunakan teknologi komunikasi adalah seperti ianya memudahkan kegiatan pertanian padi,
mempercepatkan maklumat pertanian padi yang diperlukan, pertanian padi yang lebih sistematik
dan peningkatan produktiviti pertanian padi oleh mereka. Ini selari dengan penemuan kajian
Kamisah dan Hamidah (2015) yang mendapati faktor-faktor tersebut telah mendorong para petani
untuk menggunakan teknologi komunikasi dengan lebih optimum.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
54
Hubungan Antara Umur Dengan Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Kalangan Petani
Dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan antara umur dengan penggunaan teknologi
komunikasi dalam kalangan petani. Ini menunjukkan bahawa umur memberi peranan yang penting
dalam penggunaan teknologi komunikasi terhadap kehidupan seharian petani padi. Penemuan
kajian ini bercanggah dengan kajian Ahmad Fahmi (2016) yang mendapati umur tidak mempunyai
kaitan dengan kemahiran menggunakan teknologi komunikasi oleh para petani pada masa kini.
Kesimpulan
Pengkaji melihat kerjasama dari pelbagai pihak perlu ada dan sekata untuk memastikan
kepenggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan petani. Penemuan mendapat hampir
keseluruhan petani yang menjadi sampel kajian tidak pernah menghadiri kursus teknologi
komunikasi yang dianjurkan oleh agensi-agensi yang berkaitan. Walaupun petani mungkin dapat
memperlajari teknologi komunikasi daripada ahli keluarga, sahabat andai serta rakan petani yang
lain, kursus yang formal dan lebih teratur akan memperkasakan lagi pengetahuan dan kemahiran
petani menggunakan teknologi komunikasi seperti negara-negara maju pertanian yang lain. Oleh
itu, selari dengan pemodenan pertanian negara, masyarakat petani juga haruslah sentiasa mengikuti
perkembangan semasa agar setiap teknologi komunikasi yang muncul dapat dimanfaatkan oleh
petani di masa hadapan. Pelbagai langkah dan usaha haruslah dijalankan oleh semua pihak agar
masyarakat petani tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi komunikasi. Di samping itu,
melalui usaha sedemikian literasi teknologi komunikasi dapat ditingkatkan dalam kalangan warga
petani di Malaysia.
RUJUKAN
Bahaman Abu Samah, Jegak Uli, Khadijah Alavi. (2009). Media dan Perkembangan
Pertanian Ke Arah Memperkasakan Komuniti Luar Bandar. Penerbit :
Universiti Putra Malaysia.
Ezaleila & Azizah (2012). Budaya Media baharu: Penggunaan dan Pengadaptasiannya di
Malaysia. Proceeding of Conference on Media and Society 2012 Sarawak,
Unimas. (CD)
Guba, E. G. (1968). Diffusion of Innovations, 292–295. Retrieved from
http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_196801_guba.pdf
Hubungan Industri. (2017). Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Malaysia,1–6. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/315457295_TEKNOLOGI_KOMUNIKASI_DAN_
M AKLUMAT_MALAYSIA internet users survey 2018. (2019), 1–6. Retrieved from
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Internet-Users-Survey2018-
(Infographic).pdf
Mahamood, A. F. (2016). PERANAN AGEN PENGEMBANGAN DALAM MEMPENGARUHI
PETANI MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DI LEMBAGA KEMAJUAN
PERTANIAN MUDA (MADA). Journal of Global Business and Social Entrepreneurship
(GBSE) , 2(4), 225–250. Retrieved from http://gbse.com.my/isiokt16/GBSE 2(4), 225-250
(July 2016).pdf
Pengaruh Penggunaan Komputer Ke Atas Masa Komunikasi Keluarga Dalam Kalangan Keluarga
Petani Di Malaysia Dari Perspektid Teori Pola Komunikasi Keluarga (2011), 1–18. Retrieved
from https://core.ac.uk/download/pdf/153809422.pdf
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 42-55 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
55
Singh J., (2009). Voice, exit, and negative word-of-mouth behaviors: an investigation across hree
service categories, J. Acad. Mark. Sci, 18 (1) 1-1 6. Meng, C.C, Samah, B. A & Omar, S.Z
(2013). A review paper: Critical factors affecting the developement of ICT projects in
Malaysia. Asian social science, 9(4), 42-50
Salleh Hassan, Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Alby, Jeffrey Lawrence D'Silva (2009). Problems and
obstacles in using Information and Communication Technology (ICT) among Malaysian agro-
based entrepreneurs. European Journal of Scientific Research, 36 (1). pp. 93- 101. ISSN 1450-
216X.
Salleh Hassan, Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Muhamad Sham Shahkat Ali , Norsabila
(2010) Agriculture Agency, Mass Media and Farmers: A combination for Creating
Knowledgeable Agriculture Community. African Journal of Research December
Vol.5(24), pp. 3500-3513 2010 DOI: 10.5897/AJAR10.800 ISSN: 1991-637X .
Statistik Penduduk Negeri Kedah. (2019, August 19). Retrieved October 19, 2019,
from http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-penduduk-negeri-
kedah.
Lizzie Melby Jespersen, Jens Peter Hansen, Gianluca Brunori, Allan Leck Jensen, Kirsten Holst,
Camilla Mathisen, Niels Halberg, Ilse Ankjaer Rasmussen (2014). ICT and social media
as drivers of multi-actor innovation in agriculture-barriers, Qualitative Research: An
Introduction. (2016), 88(2), 225. Retrieved from http://www.radiologictechnology.org
/content/88/2/225.extract# (n.d.), 1–6. Retrieved from
http://eprints.ums.ac.id/51884/3/BAB I.pdf