Download - Seriasi & Pola

Transcript
Page 1: Seriasi & Pola

Seriasi (Turutan) • Seriasi merupakan susunan lebih daripada

dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas.

• Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang lain.

• Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

• Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna.

Page 2: Seriasi & Pola

• Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:

• i) Menyusun mengikut pola urutan • Kecil Besar , Nipis Tebal ,

Rendah Tinggi Pendek Panjang , Sempit Luas

• ii) Menyusun objek mengikut ciri , bentuk, saiz, warna dan sebagainya

Page 3: Seriasi & Pola

Cadangan Aktiviti Pengajaran SeriasiAktiviti 1 :Tema Pengajaran : KenderaanTajuk Pengajaran : Besar ke kecilHasil Pembelajaran : Seriasi· Menyusun objek mengikut seriasiAktiviti : Guru mengedarkan keratan gambar beberapa jenis kenderaan sebagaimana berikut dan meminta murid agar menyusun dari kenderaan yang paling besar kepada yang paling kecil.

Page 4: Seriasi & Pola

Aktiviti 2 :Tema Pengajaran : Kelas Pra sayaTajuk Pengajaran : Siapa tinggi, siapa rendahHasil Pembelajaran : Seriasi· Meneka siapa lebih tinggi mengikut seriasiAktiviti : Guru memanggil beberapa orang murid ke hadapan dan meminta di antara mereka menyusun rakan-rakannya mengikut tinggi ke rendah. Seterusnya guru mengemukakan soalan : Siapa yang paling tinggi ? Siapa yang paling rendah ? Siapa lebih tinggi daripada

Page 5: Seriasi & Pola

Pola (corak berulang)

• Urutan warna, objek, bunyi, cerita atau pergerakan yang berulangan dalam susunan yang sama.

• Membantu kanak-kanak meramal berdasarkan ulangan corak/pola - warna, bunyi, alam semula jadi, pergerakan, kedudukan, kuantiti,masa.

Page 6: Seriasi & Pola

Pola (corak berulang)

• Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola. Contohnya dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan ada waktu malam.

• Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid:

• a) Meniru pola • b) Menyambung pola • c) Melengkapkan pola • d) Membina pola sendiri

Page 7: Seriasi & Pola

Contoh aktiviti:

Page 8: Seriasi & Pola